Minyak Zaitun Zouitina Prestige dihasilkan daripada buah zaitun putik atau muda yang dipetik secara manual menggunakan tangan. Ia diproses secara teliti, dengan menggunakan teknologi pemprosesan terkini dalam masa yang sangat singkat (6 jam) bagi menghasilkan minyak zaitun yang mempunyai bau dan rasa buah segar serta ringan untuk diminum. Kualiti pemprosesan ini terbukti apabila Zouitina Prestige berjaya meraih pelbagai anugerah pertandingan minyak zaitun di seluruh dunia.