Product description
Cuphea hyssopifolia la adalah tanaman renek yang sangat popular di taman dan halaman. Tanaman malar hijau ini berasal dari Mexico, Guatemala, dan Honduras. Kerana saiz yang kecil tanaman ini dapat ditanam hampir di mana saja.
Tumbuh hingga ketinggian maksimum 60cm dengan lebar 90cm, dan banyak cabang.
Daun hijau gelap sepanjang 1 hingga 2cm tumbuh dari setiap dahan. Tanaman ini mempunyai bunga berwarna ungu. Bunga yang berwarna ungu kecil ini menjadi faktor utama kecantikkan tanaman ini dicelah celah daunnya.
Boleh diletakkan di tempat yang terkena cahaya matahari pagi secara terus.
Boleh siram tanaman ini dengan kadar 2 kali sehari. Pagi dan petang. Sekiranya pokok kering ia akan menyebabkan ianya mati.
Boleh menggunakan baja subur 2 minggu sekali