Praktis Bitara Pendidikan Moral Ting. 1-5 KSSM (Edisi 2025)
Siri ini dirancang dan digubal bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan pengajaran (PdP), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), SPM serta memperkukuh format pentaksiran sedia ada yang dijalankan sama ada pada peringkat sekolah atau peringkat pusat. Oleh itu, kandungan buku ini dirangka khusus untuk membantu guru dan melonjakkan kecemerlangan murid seiring dengan kehendak yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
Buku ini dilengkapi dengan elemen terkini seperti:
- Aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21)
- Praktis berformat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan SPM