Kendall Melantha. Membesar tanpa seorang ibu, bapanya adalah satu-satunya tempat dia berlindung. Namun, satu kejadian tidak diingini telah meragut nyawa bapanya ketika dia masih di sekolah menengah menyebabkan dia hilang arah dan tempat bergantung.
“We’ve met again, Kendall.” —EVIAN LEWINSER
Kehidupannya bertukar kelam apabila hak penjagaannya diberikan kepada keluarga abang sepupunya, Evian Lewinser.
Namun ada satu perkara yang dia takuti dari abang sepupunya itu. Evian, terlalu obses akan dirinya. Lelaki itu sanggup melakukan apa saja untuk menjauhkan dirinya dari lelaki lain.
“I hate you, Evian. I hate you so much that I hope one day you will die a horrible death.” —KENDALL MELANTHA
Dirinya hampir berputus asa apabila dia sedar bahawa dia tidak akan pernah terlepas dari Evian. Hampir seluruh masa hidupnya dihabiskan di dalam rumah Evian.
Dia ibarat seekor burung yang dikurung di dalam sangkar emas. Dia juga ingin terbang bebas seperti orang lain.
“Hi, I’m Kevin. Kevin Kyle.” —KEVIN KYLE
Pertemuan mereka semasa berada di sebuah event telah membuatkan Kendall bingung dengan sikap Kevin yang tiba-tiba sahaja ingin membantunya untuk melepaskan diri dari Evian.
“Wh..why did you help me?” —KENDALL MELANTHA
“Just…because I want to?” —KEVIN KYLE
Dapatkah Kevin membantu Kendall keluar dari sangkar emas ciptaan Evian atau semuanya hanya akan berakhir dengan kehampaan?
“You look prettier when you smile. Just like a goddess.” —KEVIN KYLE