Product description
Menampilkan karya seni eksklusif oleh ΖUS Coffee x Projek ЅЕМBANG ЅЕМBANG, tumbler meriah ini mengembalikan nostalgia Balik Kampung—detik riuh menjerit “Dah Raya!” selepas Atok di TV mengesahkannya, kehangatan pertemuan keluarga, dan hiruk-pikuk kemeriahan perayaan. Sesuai untuk Kopi O Panas atau Sirap Ais, dari pagi hingga tengah malam.
Tapi cuba perhati dengan lebih dekat… ada sesuatu yang bersembunyi dalam rekaannya. Hantu Raya ini bukan sekadar menghantui—mereka bersinar! Dedahkan kepada cahaya selama 30 minit dan saksikan mereka ‘hidup’ semula.
Glow in the Dark – Elemen bercas cahaya untuk kejutan menyeronokkan—bersinar dalam gelap, menjadikan setiap tegukan lebih istimewa!
Penutup Dua Fungsi – Sama ada frappe untuk berbuka atau latte panas untuk moreh, penutup dua fungsi ini memenuhi keperluan anda!
Penutup Kedap Tumpahan – Minuman tertumpah atas Baju Raya? Bukan tahun ini! Penutup kedap tumpahan memastikan setiap titisan kekal di dalam.
Kekalkan Suhu Panas atau Sejuk Hingga 16 Jam – Dari iftar hingga sahur, nikmati minuman pada suhu sempurna sehingga 16 jam dengan penebat vakum dwi-lapisan.