PILIHAN AWAL BUKU BERGAMBAR KANAK KANAK | EARLY PICTURE BOOK
Buku bergambar membantu anak berimaginasi. Mereka mula imaginasi dengan apa yang mereka lihat. Ilustrasi yang terdapat pada buku bergambar sangat penting.
Buku bergambar mepunyai teks dan gambar yang berkaitan dan menarik. Dengan membaca buku ini, anak akan melihat perkataan, gambar dan dengar mama bercerita.
Memupuk minat membaca anak daripada kecil lagi. Dengan minat membaca buku bergambar, lama-kelamaan anak akan suka membaca buku tanpa gambar kerana mereka sudah pandai berimaginasi dengan membaca.
Watak yang terdapat dalam buku mempunyai pelbagai watak menarik serta bewarna warni menjadikan anak suka membaca.
Merangsang visual anak dan menggalakkan anak membaca sambil menerapkan nilai murni yang terdapat di dalam buku.
Buku bergambar dapat membuka minda mereka kerana warna yang menarik serta mempunyai karektor cerita buku tersebut