About this product
Ciri BahanOrganik,Halal
Jenis StoranAlmari
Product description
Mee siput mentah
Kuantiti: 24 keping
Berat purata : 680 gram
Produk muslim.
mee siput mentah
kuantiti. : 30 keping
sambal mee siput @ sambal nasi lemak
berat : 250g
jangka hayat : 1 tahun pada suhu bilik
sambal mee siput @ sambal tumis (sambal nasi lemak) - tanpa belacan
jangka hayat : 6 bulan pada suhu bilik (tanpa pengawet).
Mee siput mentah kebiasaannya digoreng dalam minyak panas untuk dimakan sebagai makanan ringan (jajan) pada waktu lapang dan juga ketika menonton cerita kegemaran.
Ia boleh juga diolah menjadi pengat (dimasak seperti masak bubur kacang / pengat pisang).
Selain itu, mee siput juga boleh dijadikan alternatif kepada mee kuning untuk dimasak sebagai mee goreng atau mee sup.
Caranya rendam dalam air panas sehingga kembang (anggaran 10-15 minit). Kemudian toskan dan siap untuk dimasak.
Bagi mendapatkan kualiti mee siput yang rangup dan rapuh serta kembang cantik, pastikan minyak masak di tuang anggaran mee siput mentah akan tenggelam habis ketika masuk dalam kuali.
Seterusnya, tunggu minyak betul-betul panas sehingga berasap putih, baru masukkan 1 keping mee siput perlahan-lahan. Jangan campak bagi mengelakkan minyak terpercik.
Sediakan penyepit panjang disebabkan mee siput akan meletup-letup kecil ketika digoreng.
Goreng sepantas 1-2 saat dan terbalikkan sesaat, dan angkat serta tos.
Selepas sejuk bolehlah dihidang atau terus simpan didalam ruangan kedap udara.
TIPS jika mee siput lemau selepas lama disimpan:
Anda boleh cuba 3 cara berikut untuk kembalikan rasa rangup:
1. Masukkan dalam ketuhar mikro (mikrowave), setkan masa mengikut kesesuaian kapasiti microwave anda. Boleh cuba 7-8 saat untuk cubaan pertama.
2. Masukkan dalam oven / airfryer. Boleh cuba beberapa minit sehingga mendapat kembali ranguo mengikut jangka masa yang sesuai. Awas jangan terlalu lama yang akan mengakibatkan mee siput rentung.
3. Masukkan dalam peti sejuk (chiller) untuk 20-30 minit. (tips tip kurang sesuai bagi mereka yang tak suka makan makanan sejuk)