Product description
Pokok Moringa atau dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai pokok kelor, munggai, rambungai dan lemunggai merupakan tanaman yang berasal dari negara India dan boleh hidup di kawasan tropika dan subtropika. Antaranya boleh dijumpai secara meluas di negara kita.
Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Hospital Ottawa, Kanada pada tahun 2012 melaporkan bahawa analisis daun moringa mengandungi nutrien yang kaya seperti garam mineral (kalium, kalsium, fosforus, zat besi), vitamin A dan D, asid amino perlu dan antioksidan seperti beta karotena dan flavonoid.
Antara khasiat kesihatan pokok moringa ialah dapat menurunkan kadar gula dalam darah, sumber nutrien yang mencukupi kepada tubuh, berpotensi mencegah kanser dan pelbagai lagi manfaat daripada setiap komponen pokok tersebut.