Baja NPK ada macam macam jenis di pasaran. Kadang-kadang kita tengok nutrien NPK sama tapi harga berbeza.
Tahu tak kenapa?
Salah satunya ia bergantung kepada jenis bahan asas dalam pembuatan baja.
Contohnya untuk unsur N. Antara bahan yang biasa digunakan seperti Urea , Ammonium Sulphate atau Ammonium Nitrate.
Paling mahal dan paling elok adalah menggunakan bahan dari Ammonium Nitrate. Sifat bahan ini tidak mudah meresap ke udara dan senang larut. Baja Agrobridge yang saya jual ni menggunakan bahan jenis ini.
Kalau Tuan Puan, guna baja ni, ambil masa untuk perhatikan keadaan pokok Tuan Puan sebelum dan selepas diletakkan baja. Kesan awal boleh dilihat dalam masa tiga hingga tujuh hari.
Tuan puan boleh baca perkomgsian saya di FB saya. Saya kongsi tentang ilmu pertanian. Menjual aktiviti sampingan untuk tambah sedikit pendapatan.
Kalau ada apa tak faham, boleh tannya je okayy.
Cara guna boleh letak satu sudu teh utk tanaman dalam pasu. Boleh letak 2 minggu sekali. Untuk tanaman di tanah, kena lihat pada umur pokok.
Siram selepas membaja bagi kesan yang lebih cepat dan lebih baik.