Hubungan yang paling berpengaruh adalah hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Namun, bagi kebanyakkan keluarga, hubungan ini berkemungkinan mengalami masalah dan mungkin sukar untuk dipulihkan ke keadaan yang sepatutnya. Buku ini menawarkan cara buat ibu bapa untuk menjalinkan hubungan baik dengan anak-anak, apa yang menghalang hubungan yang baik dan apa yang boleh memperbaiki hubungan tersebut.
Philippa Perry, seorang ahli psikoterapi terkenal berkongsi cara membina ikatan yang kuat dan penuh kasih dengan anak-anak. Beliau juga memberikan panduan mengenai bagaimana hubungan yang baik dapat meningkatkan peluang untuk memiliki kesihatan mental yang sihat, baik semasa kanak-kanak mahupun dewasa.
Antara yang menarik di dalam:
Memahami bagaimana latar belakang cara anda dibesarkan mungkin memberi kesan kepada gaya keibubapaan anda
Menangani, mengekspresikan, menerima dan mengesahkan perasaan anda dan anak anda
Memahami semua tingkah laku adalah komunikasi
Memecahkan kitaran dan pola negatif
Menerima kenyataan mengenai anda akan membuat kesilapan dan apa yang perlu dilakukan bagi memperbaikinya
Dengan mengikuti nasihat dan langkah yang menyegarkan, bijaksana dan rasional dalam buku ini, anda akan mendapati hubungan kasih sayang yang luar biasa antara anda dan anak anda.