Penguasaan sesuatu bahasa walaupun bergantung kepada minat dan kecenderungan individu, namun beberapa pendekatan boleh digunakan untuk memperkayakannya. Oleh itu, pihak penerbitan telah mengambil langkah bijak dengan menerbitkan Mudahnya Bermain Carl Kata ini untuk memberikan pendedahan kepada kepelbagaian bahasa. Pendedahan ini berupaya membuka ruang untuk menambah perbendaharaan kata di samping mempelajari penggunaannya dalam konteks tertentu.
Siri ini amat sesuai untuk semua peringkat usia kerana kandungannya amat komprehensif dan berupaya mempertajamkan minda dan pemikiran kognitif.Aktiviti-aktiviti dalam siri ini juga diharap dapat menyemai minat dan kecenderungan dalam kalangan pengguna untuk meningkatkan pengetahuan am dan memperkasakan penguasaan Bahasa Malaysia.