UBAT PERIUK
diminum selepas baby dah tiada kuning. sesuai untuk menggantikan sepang kederang. ubat periuk banyak khasiatnya. sangat sesuai untuk mempercepatkan baik luka dalaman. Minum selepas sepang kederang habis diminum.
*cara2 merebus ubat periuk* cara penggunaan:
1. Bersihkan 1 pek ubat periuk.
2. Rebus semua sekali bersama dengan satu gelas air.
3. Bila sudah mula mendidih tutup terus api dan tapis. tak perlu tunggu tinggal separuh airnya kerana khasiatnya dah keluar ketika air mendidih tadi.
3. Ambil setengah gelas air rebusan campur dengan air masak. Boleh minum macam biasa. minum suam2 (Sekali rebus untk 2 x minum)
4. Lebihan akar kayu tadi, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara. Masukkan dlm peti ais.
5. Setiap kali nak minum ulang langkah 1 hingga 3.
6. Akar kayu boleh diulang rebus sehingga hilang bau, rasa dan warnanya