DI SINI CARA TANAM EDAMAME YANG BETUL :
✔MEDIUM TANAMAN
Bagi dalam pasu @ polybeg guna potting soil yang boleh didapati di kedai. Boleh juga guna pelbagai tanah campuran organik yang banyak di pasaran.
Pokok edamame sesuai tumbuh pada tanah yang gembur, peroi dan subur. Tanah bersaliran baik, pengudaraan yang baik dan kelembapan cukup untuk pokok edamame tumbuh subur.
✔KAWASAN & PENGCAHAYAAN
Menanam edamame dalam pasu/ polibag, pilih kawasan atau tempat yang cukup sinaran matahari melebihi 6 jam untuk pertumbuhan pokok yang baik.
kawasan kurang menerima cahaya matahari kerana pertumbuhan pokok akan terbantut dan penghasilan buah kurang.
✔SEMAIAN TERUS DALAM PASU/POLYBEG
JANGAN SESEKALI merendam benih edamame. Benih mudah busuk. Tanam terus.
Buat lubang sedalam setengah inci dengan jari. Masukkan sebiji benih edamame pada lubang dan timbus sedikit tanah.
Siram dengan air secukupnya. Benih kacang soya tidak memerlukan medium yang basah cukup hanya lembab sahaja. Ini kerana jika batas terlalu basah benih kacang soya akan memburuk dan tidak akan bercambah.
Namun apabila benih edamame sudah bercambah maka ia perlu air yang cukup untuk membesar JANGAN BERLEBIHAN. Siram dengan siraman sparay halus pada anak pokok.
✔TEMPOH PERCAMBAHAN BENIH
Selepas di semai hari ke 7 hingga hari ke 12 hari adalah tempoh percambahan benih edamame.
✔PEMBAJAAN
Apabila usia pokok 20hari ke atas selepas semai dan ada 4 -6 helai daun. Baja pokok selang 2minggu sekali. Boleh guna organik atau NPK subur sehingga pokok berbuah. Guna kan baja buah selepas pokok berbunga untuk hasil buah yang banyak.
✔TUAIAN
8MINGGU @ 2 BULAN lebih pokok edamame sudah boleh dituai. Pastikan buah masih berwarna hijau masa di petik. Jika berwarna kuning bijinya sudah matang dan tidak sedap bila di rebus. Buah edamame tidak matang serentak . Petik buah yang berisi dan gemuk.
✔CARA MASAK
Rebus edamame ni dengan air selama 10minit. Campur sedikit garam supaya bila makan nanti lemak lemak rasanya.