Dah sampai... Agak lambat ckit...tp xpa harap2 blh hidup dgn jayanya
February 12, 2025
s**y
Item: Lalai
Semua benih mnjadi ,,tq
Puas ati
November 5, 2024
M**a N**a
Item: Lalai
Terima kasih
February 15, 2025
a**h
Item: Lalai
Good
December 28, 2024
d**️
Item: Lalai
ok
January 7, 2025
m**e
Item: Lalai
Good
👍
November 5, 2024
SUPERGARDEN
79 items
Shop performance
Better than 80% of other shops
Ships within 2 days
80%
Responds within 24 hours
91%
Product description
Jom tanam ketumbar.
Mudah dan cepat
Rupa ketumbar seakan daun sup. Tetapi dengan saiz lebih kecil. Walaupun begitu, baunya yang tengit sedap. Anda tidak mampu menolaknya.
1. Semaian
Rendam benih 1hari dengan air bersih. Toskan dan sedia di semai.
Paling bagus semai di dulang/tray semaian. 1-2 biji benih satu lubang. Jika tiada, semai di dalam bekas kecil seperti cawan plastik
Tanam biji benih janganlah terlalu dalam. Sekitar 1 cm dalam. Tekan dengan jari anda. Tutup dengan lapisan nipis tanah.
Siram 2 kali sehari agar media sentiasa lembab. Letak kan dulang semai tadi di tempat redup.
Ketumbar tidak sukakan tanah yang sentiasa lembap. Jadi elok gaulkan tanah dgn pasir dengan nisbah 1:1.
Biasanya 7 - 14 hari untuk biji benih ketumbar mula bercambah. Jadi anda kena bersabar.
2. Pindah ke dalam Pasu
Apabila sudah bercambah tunggu sehingga ada 4-5 helai daun baru pindahkan ke pasu atau bekas.
Untuk penyiraman pokok selepas di pindahkan, elok siram sekali sehari. Ketumbar tidak suka tanah terlalu lembab.
3. Media/ tanah
Ketumbar suka akan tanah yang kaya dengan bahan organik dan tidak bertakung air. Gaulkan sedikit pasir dengan tanah supaya air mudah mengalir. . Jika media terlalu lembab boleh menyebabkan akar ketumbar reput.
4. Pembajaan Ketumbar
Ketumbar memerlukan baja organik. Gunakan baja tahi ayam palet palinh sesuai. Tapi jika anda jenis yang geli dengan tinja ayam ini. Guna baja kopi. Kalau tiada, boleh guna kompos atau humus.
5. Tuai
Ketumbar boleh tuai daunnya apabila berumur sekitar 30 hari selepas di pindahkan. Jika kiraan dari bercambah lebih kurang 40hari.
ketumbar akan mula mengeluarkan bunga pada umur 3 bulan selepas tanam. Kalau ingin tuai biji, boleh biarkan bunga .