Product description
Penulis bersama : Ustaz Adnin Roslan
Genre : Komik Dakwah, Komik Strip, Himpunan Komik Pendek, Nota-nota Tarbiah
Sesungguhnya alam kehidupan, tak ubah seperti Alam persekolahan.
Ada suka, ada duka, ada gembira, ada híba. Dan sesiapa sahaja yang ditakdirkan, untuk turut menjadi sebahagian, daripada alam pengajian, baik kawan mahupun lawan, maka harus untuk kita, sedaya upaya menunaikan hak mereka.
dan sebagai sesama hamba,
kepada Allah yang Maha Esa.
Kerana kehidupan ini sebuah kampus, mentarbiah dan mempersiap-siagakan, untuk kita mendepani pelbagai ujian. hari demi hari, sehinggalah suatu masa nanti, kita bakal bergraduasi, meninggalkan kampus ini, dan menuai hasil usaha kita, di dunia yang kekal selama-lamanya.