Novel baru
Harga Asal RM24
Sinopsis
Sunyi sentiasa menemani jasadnya. Sepi sentiasa berdampingan dengan nadinya.
Sejak kehadirannya, pelbagai kejadian aneh berlaku, sehingga kematian demi kematian menjadi santapan mata. Penghuni asrama sentiasa berjaga-jaga. Jika tidak, mereka ditimpa musibah. Gangguan tidak pernah berhenti. Dia dituduh membela saka sehingga memberi kesan kepada kawan-kawan yang rapat dengannya.
“Aku rasa la kan, benda tu mesti pernah renung kau atau tengok kau masa kau tak sedar. Sebab tu dia boleh menyerupai kau dan bukan orang lain.” – MIRUL
“Bilik kat tingkat lain tak ada pula aku dengar kena sampai macam ni. Ke kat sini je yang ada benda tu mengusik?” – WAN
“Apa yang kau mengarut ni? Kalau kau hantu, aku dah lari dan tak bercakap dengan kau pun.” – FAHMI
Pelbagai andaian, pelbagai tanda tanya, namun tetap jua persoalan menemui jalan mati.
Dia tetap menjelma… dia semakin menghampiri. Jiwa manusia diperdagangkan. Bisikan Azazil bermain sentiasa.
Kenapa dia disalahkan atas kematian yang menimpa rakan-rakannya? Benarkah saka itu telah menular dan mencetuskan peristiwa yang tidak dijangka?
Ketika kejadian menyingkap sesuatu yang terlarang, akankah kutukan itu penghabisan sebuah dosa?
“Sebenarnya, seronok bunuh orang ni. Hahaha...”
Siapakah dia yang sebenarnya?
Bermulanya di sini… kejahatan mencetuskan dendam, di sebalik misteri kelam dalam cahaya malam.