About this product
benefitAnti-bakteria
Ciri BahanOrganik,Bukan Kimia,Anti-bakteria
Pilihan BahanMineral,Organik
Rantau AsalHimalayan
Jangka Hayat36 Months
Bahan-bahanHimalayan Rock Salt
Brandhalagel
Product description
HALAGEL HIMALAYAN ROCK SALT adalah sejenis kristal garam yang sangat istimewa dari pergunungan Himalaya yang bersih dan tidak tercemar dengan sebarang bahan tambahan, toksin, proses kimia dan bebas dari pencemaran. Garam ini juga sangat kaya dengan pelbagai sumber mineral semulajadi yang diperlukan oleh tubuh manusia berbanding garam biasa yang kebiasaannya telah melalui proses pembersihan yang boleh menyebabkan sifatnya tidak lagi asli.
Sediakan air suam dan letak dalam besen. Rendaman kaki sangat mudah dibuat. Ia hanya memerlukan garam bukit dan beberapa titis minyak aromaterapi. Merendam kaki dengan garam bukit boleh membantu melancarkan peredaran darah, membuang toksin, mengelakkan jangkitan virus dan bakteria, melegakan sakit otot, sakit sendi, rasa sengal, kekejangan dan lesu akibat penat bekerja seharian.
Campurkan lima sudu garam ke dalam air suam dan nikmati rendaman selama kira-kira 30 minit. Gunakan tuala kecil untuk membersihkan celah jari kaki dan mengurut tumit. Anda juga boleh gunakan beberapa sudu garam bukit sebagai skrub kaki. Biarkan seketika sebelum membilasnya dengan air bersih.