Nota: Saiz Batu Tawas ini kecil / hancur dan tidak sesuai digunakan sebagai deodorant
-------------------------------------------------------------------------
Batu Tawas sudah digunakan secara tradisional untuk merawat air perigi yang berkarat.
# Sukatan Untuk Perigi
Sukatan untuk rawat perigi bergantung juga kepada kedalaman air dan tahap kualiti air. Untuk permulaan,
1. Larutkan 100g tawas di dalam bekas berisi air.
2. Masukkan larutan tadi kedalam perigi
3. Tunggu perubahan air. Biasanya ambil masa 6 jam untuk air menjadi jernih
Jika perlu ulang proses diatas sehingga mendapat kualiti yg dikehendaki. Dari situ kita dapat tahu berapa gram tawas yang sesuai untuk perigi kita.
--------------------------------------------------------------------------
# Sukatan Untuk Tangki 350L
1. Larutkan 2 sudu makan tawas (anggaran) dalam bekas berisi air.
2. Masukkan larutan tawas kedalam tangki dan kacau
3. Tunggu perubahan air. Biasanya ambil masa 6 jam untuk air menjadi jernih