Blurb Komik Veterinar Delia:
Delia--seorang veterinar yang sangat profesional dan penyayang ketika memberikan
rawatan kepada haiwan-haiwan memerlukan. Dia bekerja di Klinik Veterinar Adelia, yang
dimiliki Delia bersama kembar lelakinya, Addy.
Namun, semakin hari Delia berasa semakin tertekan apabila terpaksa berhadapan pelbagai
kerenah pemilik-pemilik haiwan itu.
“Kenapa arnab saya tiba-tiba mati? Doktor tolonglah selamatkan arnab kesayangan saya
tu!”
“Saya sebenarnya tak mahu dah bela hamster tu. Doktor jagalah atau jual saja!”
Situasi yang menekan itu membuatkan Delia rasa keseorangan. Usahanya seakan tidak
dihargai, seolah-olah dia seorang saja mahukan yang terbaik untuk haiwan-haiwan yang
dirawat.
Adakah Delia mampu terus bersabar dan mencari semula kegembiraan dalam bekerja
sebagai seorang veterinar?