Petikan dari laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan berkenaan ""Hukum Sertu Menggunakan Sabun Taharah""
SOALAN:
Salam, saya ingin bertanya adakah sah samak dengan menggunakan sabun taharah ? Seperti yang kita ketahui, dalam keadaan sekarang kebanyakan orang tinggal di apartment yang mana agak sukar untuk mendapatkan tanah yang sesuai digunakan dalam proses samak. Jadi adakah sah seandainya kita menyamak menggunakan sabun ini ?
KESIMPULAN:
Sebagai penutup, kami cenderung menyatakan bahawa hukum penggunaan sabun taharah atau sabun tanah liat adalah harus. Bahkan proses sertu dan penyucian menggunakannya adalah memadai dan sah sekiranya sabun tersebut mencapai maksud yang sama dengan penggunaan tanah.
Pendapat ini dikemukakan dengan mengambil kira situasi masyarakat kebanyakan terutamanya di kawasan-kawasan bandar yang hidup dalam suasana majmuk, dan terdapat kesukaran untuk mendapatkan tanah bagi tujuan sertu. Adapun penggunaan tanah dalam proses sertu adalah lebih utama sekiranya terdapatnya ia.
Semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.