Product description
Mikanadira, tidak pernah bermimpi akan memiliki seorang lelaki bergelar komando dalam
Apatah lagi lelaki itu datang dari salah satu elemen di bawah naungan
21 GGK, Skuadron Uniform — 11 RGK.
Kematian papanya akibat terbunuh dalam satu insiden pergaduhan membuat Mika membenci anggota-anggota pasukan beruniform.
Tapi takdir menemukannya dengan Umar Alhaidhar dalam tiga pertemuan yang dia
sendiri tidak sedari lelaki itu adalah orang yang sama.
Orang kata cinta itu buta. Tetapi kumbang tidak pernah buta dalam mengenal bunganya
yang cantik dan berharga.
Hidup berdikari tanpa kasih sayang Mama, menjadikan Mikanadira seorang gadis yang
sukar meluahkan perasaannya. Tetapi sebagai orang awam bertemu dengan komando,
Mika selalu tertantang untuk membuktikan keikhlasannya terhadap sang Kapten.
“Cik Mika orang awam, perempuan pula, mustahil semudah itu tahu dia orang yang sama?” – Buddies.
“Kalau hati dah suka, dia tutup muka macam mana sekalipun saya cam itu dia…” – Mikanadira.
“Ciyeeeee!!!” Serempak mereka berseru sambil tersenyum mengenen.
“You tak tahu apa ertinya bersama lelaki seperti Kapten Umar. You hanyalah orang awam yang tersesat dalam hidupnya!” – Dr. Dareena
“Ya, I memang tersesat dalam hidupnya. You boleh berbangga kerana selalu merawat
kecederaan Kapten Umar. Tapi hatinya, dia dah dermakan kepada I.”
Walau apa pun halangan, Mika nekad memperjuangkan Umar Alhaidhar sebagai khalifah