Product description
Set Buku Anakku Bijak Suku Kata didatangkan khas untuk memenuhi permintaan Ibu Bapa serta Guru untuk memudahkan sesi pembelajaran bersama anak tercinta.
Buku ini menggabungkan ketiga-tiga elemen pembelajaran iaitu:
+ Belajar secara visual – ketika belajar membaca, anak NAMPAK suku kata
+ Belajar secara auditori – ketika belajar membaca, anak DENGAR suku kata.
+ Belajar secara kinestetik/bergerak – ketika belajar suku kata, anak BERGERAK bagi mengoptimumkan kefahaman anak.
Ini adalah buku suku kata yang dinantikan oleh ramai ibu bapa dan guru. Buku ini disusun mengikut kata kunci suku kata a, i, u, e dan o.
Susunan ini dibuat bagi memudahkan ibu bapa serta guru mengajar anak membaca dengan lebih santai. Ianya juga disertakan dengan latihan membaca tambahan dan juga cerita pendek supaya anak belajar dengan lebih seronok.
Buku ini mengandungi 168 mukasurat dan mempunyai lebih 1000 suku kata bagi memahirkan anak membaca. Untuk setiap kata kunci sebagai contohnya kata kunci a – za, akan diberikan latih tubi dan juga cerita pendek sebagai latihan tambahan. Ada juga diberikan aktiviti cadangan bagi menjadikan belajar suku kata ini lebih seronok.