Product description
READY STOCK IN MALAYSIA ~ FAST DELIVERY ~
KHASIAT & PENGGUNAAN PARAM, PILIS & TAPEL
Param adalah sejenis rawatan sapuan pada seluruh badan, kecuali daerah payudara dan perut.
Antara tujuan memakai param adalah untuk mengatasi pembengkakan yang dialami oleh ibu yang baru melahirkan. Ia boleh digunakan selepas mandi, sebanyak dua kali sehari selama 40 hari setelah melahirkan.
Khasiat: Membantu melancarkan peredaran darah, Mengelakkan ‘angin’ masuk ke dalam badan, Memberi kehangatan kepada tubuh, Memberikan kesegaran, Menjaga kecantikan luaran kulit.
Cara guna: Ambil satu sudu besar param. Gaul dengan sedikit Gel Limau Purut. Bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes. Sapukan seluruh badan kecuali bahagian payudara dan perut. Wangian yang kuat dengan limau purut!!!
Pilis adalah campuran herba yang khusus untuk disapukan pada dahi.
Pilis seeloknya digunakan selepas mandi, dua kali sehari, sehingga hari ke-40 berpantang.
Khasiat: Meredakan pening kepala, melancarkan peredaran darah, menyegarkan mata dan memberi keselesaan pada ubun-ubun, mengelak ‘angin’ yang boleh menyebabkan tekanan emosi, mengurangkan rasa pitam / ‘gelap mata’ / pandangan kabur. Ini biasanya dialami oleh wanita yang mengalami tekanan darah tinggi.
Cara Guna: Campurkan serbuk pilis (anggaran hujung sudu kecil) dengan gaul Gel Limau Purut serta sedikit air. Sapukan sedikit pes tersebut pada dahi dan rasakan kesan beranginnya. Tambah atau kurangkan serbuk pilis ikut keselesaan kesan berangin yang dimahukan.
Tapel adalah sapuan yang dipakai pada perut sebelum mengenakan bengkung.
Tapel selamat digunakan oleh ibu yang bersalin secara normal. Jika ibu menjalani pembedahan Caesarean, pastikan luka pada perut telah diyakini kering dan tidak bermasalah. Sekurang-kurangnya, tunggu 2 minggu dan dapatkan nasihat doktor sebelum memakainya.
Khasiat: Mengurangkan rasa sakit-sakit di perut serta memulihkan keadaan luaran perut akibat selulit / stretch mark, membantu proses pembakaran lemak bawah kulit dan mengempiskan perut, menghangatkan perut dan membuang ‘angin’ serta darah kotor yang berada di dalamnya, menegangkan kulit perut yang menggeleber.
Cara Guna : Ambil setengah sudu tapel. Gaul dengan Gel Limau Purut. Bancuh dengan sedikit air untuk jadikan pes. Sapu pada bahagian perut sebelum memakai bengkung.