About this product
- Jangka Hayat:12 Bulan
- Rasa:Vanila,Tidak dikenali
Product description
Slushie atau lebih dikenali sebagai 'Aiskrim Separuh Masak' adalah minuman yang membangkit deria rasa dengan tekstur yang sangat unik. Minuman ini tidak terlalu pekat seperti aiskrim dan tidak terlalu berais seperti Ice Blended.
Nikmati pengalaman slushie yang lebih gebu dan menyegarkan dengan Slushie Booster+ dari Yammy Station! Agen istimewa ini sesuai digunakan dengan pelbagai jenis minuman berperisa untuk naik taraf tekstur minuman kepada slushie halus, gebu dan padu berlemak. Sangat sesuai untuk kegunaan di rumah atau perniagaan minuman yang ingin menawarkan slushie yang sempurna!
Kelebihan Slushie Booster+
Agen Gebu Terbaik: Menjadikan tekstur slushie anda lebih lembut dan gebu dengan serta-merta.
Mudah untuk Digunakan : Slushie Booster mudah terlarut tanpa perlu menggunakan api atau air panas seperti kebanyakkan agen aiskrim
Jimat Masa : Sedia diminum dalam 3 minit. Anda tidak perlu sejukkan semula bancuhan atau hancurkan bancuhan beku untuk dapatkan tekstur slushie sebenar.
Serasi dengan Pelbagai Perisa: Boleh digunakan bersama pelbagai perisa slushie untuk hasil yang lebih enak dan menarik.
Pilihan Terbaik untuk Penikmat Slushie dan Usahawan Minuman! Dengan Slushie Booster+, slushie anda akan menjadi lebih menarik dan lazat, dijamin memuaskan setiap pelanggan atau ahli keluarga!