Product description
Tajuk: Game Plan Of Tiktok Affiliate - Muhammad Azmi Jamaludin
Penerbit: Misi Niaga Marketing
Penulis: Muhammad Azmi Jamaludin
Dimensi (cm): 21cm x 14.5cm x 2cm
Dalam dunia digital yang semakin berkembang, TikTok telah muncul sebagai platform yang menawarkan peluang besar untuk pemasaran affiliate. Justeru, lahirnya buku “Game Plan of TikTok Affiliate” ini memang kena pada tempat dan masanya, sebagai pembimbing anda meneroka potensi platform ini, memberikan panduan langkah demi langkah untuk berjaya sebagai affiliate marketer di TikTok.
Sama ada anda baru memulakan perniagaan affiliate atau ingin mengembangkan kempen sedia ada, buku ini menyediakan panduan komprehensif yang tidak ternilai dalam perjalanan anda menuju kejayaan di platform ini.
Dengan gabungan pengetahuan dari pakar-pakar industri dan kajian kes sebenar, buku ini menyediakan strategi praktikal untuk mengoptimumkan kehadiran anda di TikTok. Anda akan mempelajari asas-asas penting seperti memilih produk yang sesuai, mencipta kandungan dan video yang menarik serta menggunakan kecerdasan buatan untuk meningkatkan keberkesanan kempen anda.
Penulis turut membawa anda menyelami teknik-teknik lanjutan seperti menghasilkan hook yang melekat, menambah pengikut dan meningkatkan penglibatan audiens. Anda akan mendapat panduan terperinci tentang penggunaan iklan TikTok dan cara menganalisis prestasi video anda untuk penambahbaikan berterusan.
Anda juga akan mendapat lebih daripada 10 video panduan meliputi pelbagai aspek pemasaran affiliate di TikTok, dari panduan asas, strategi, sokongan hingga teknik lanjutan. Dengan bantuan visual ini, anda akan dapat memahami konsep dan strategi dengan lebih jelas serta mempelajari teknik pelaksanaannya dalam situasi sebenar.
Melalui 14 bab yang padat dengan maklumat dan video sokongan, buku ini akan membantu anda mengatasi cabaran yang biasa dihadapi oleh affiliate marketer di TikTok. Anda juga akan terinspirasi dengan kisah kejayaan affiliate marketer seperti Dear Caryn, Fatihahmus, Tuan Azam dan Tuan Shahrul Ismail.