Olivie Plus 30X Minyak Zaitun ‘Extra Virgin’ (250ml)
Olivie Plus 30x keluaran Olive House ini terhasil dari pokok zaitun yang ditanam di padang pasir berbatu, persekitaran yang panas (mencecah 53 ⁰C pada musim panas) di Morocco yang menjana daya ketahanan (survival mechanism) sekaligus menghasilkan buah zaitun yang berkhasiat tinggi. Teknik perahan Mechanically Cold-Pressed menunjukkan bahawa tiada haba digunakan untuk mengeluarkan minyak daripada zaitun dan mengekalkan manfaatnya.
Antara kelebihannya adalah:
•Diimport dari El-Borouj, Morocco
•Diiktiraf MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
•Mendapat pengiktirafan Halal daripada Institut Halal Morocco yang diiktiraf JAKIM
•Mendapat pengiktirafan Organik daripada ‘United States Department of Agriculture’ (USDA) dan ‘European Union’ (EU)
•Mendapat pengiktirafan Pensijilan Makanan Organik daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Mengandungi:
•Bebas lemak trans
•Tinggi nilai Vitamin D yang membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus dan
•Tinggi nilai Vitamin E yang membantu melindungi lemak dalam tisu badan daripada pengoksidaan
•Mengandungi lebih 30 kali ganda antioksida (hydroxytyrosol) berbanding minyak zaitun biasa
•Mempunyai rasa pahit (pungency) yang datangnya dari kandungan oleocanthal yang tinggi dan sangat bermanfaat untuk kesihatan berbanding minyak zaitun biasa
Kaedah Penyimpanan:
•Simpan di tempat yang sejuk dan kering serta jauh daripada cahaya matahari atau suhu panas
•Setelah dibuka, pastikan botol ditutup dengan rapi
•Habiskan dalam masa 2 bulan (maksimum) setelah penutup dibuka
Cara Pengambilan:
•2 sudu besar diambil semasa perut kosong setiap pagi dan malam (1 sudu besar sebelum sarapan dan 1 sudu besar sebelum tidur)