Sinopsis : Membaca adalah satu proses yang panjang dan kompleks. Anak tidak belajar membaca dalam sehari dua atau sebulan dua. Jadi, berikan ruang serta peluang yang secukupnya kepada anak untuk belajar membaca. Buku Aktiviti Suku Kata ini adalah salah satu alat bantu mengajar untuk ibu bapa dan guru mengajar anak membaca. Di samping itu buku ini turut, disertakan dengan aktiviti mudah untuk kita lakukan bersama sama dengan anak agar anak dapat belajar membaca dengan lebih seronok dan efektif.