Sulur/ anak nenas yankee
Nanas Yankee atau digelar juga 'Selangor Sweet' ini memang istimewa kerana pokoknya besar dan tahan lasak daripada beberapa varieti lain. Pokoknya besar dengan ketinggian hampir 1 meter bagi pokok dewasa yang subur. Mempunyai saaiz daun yang lebar dan panjang tetapi juga terdapat duri yang agak tajam. Penanam nanas terpaksa memakai dua lapis seluar (yang luar adalah seluar jeans) bagi mengelakkan duri yang keras dan tajam ini. Penulis yang hanya berseluar slacks nipis semasa melalui celah pokok nanas Yankee luka-luka banyak menunjukkan duri nanas Yankee memang tajam dan perlu disapu dengan 'lotion' dengan segera untuk ia elakkan berlaku infeksi. Nanas varieti ini ditanam dengan jarak 3 kaki x 2 kaki dan 4 - 5 kaki diantara barisan.