About this product
- Bahasa:Bahasa Melayu
- Pengarang:Dr. Ariza Mohamed
- Penerbit:Firdaus Books
- Tahun:2024
- ISBN/ISSN:9789672440758
Product description
Bandar Ipoh yang terkenal sebagai “bandar orang pencen” sangat menenangkan buat seorang doktor Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang baru pulang semula ke kampung halamannya. Setelah berpuluh tahun berada di perantauan, akhirnya Dr. Ariza Mohamed kembali ke kampung halamannya dan beliau memilih untuk berkhidmat sebagai pensyarah di sebuah universiti perubatan swasta di Ipoh.
Beliau menikmati kehidupannya sekarang tanpa perlu menjawab panggilan untuk menyambut kelahiran bayi pesakit di tengah malam seperti yang dilakukannya sebelum ini. Beliau menyangka kehidupannya akan terus begini, tenang tanpa gangguan di fasa-fasa terakhir kehidupannya.
Namun, masa silam mulai menghantuinya dan menggugat ketenangannya apabila seorang yang merupakan pesakit Dr. Ariza 15 tahun sebelumnya telah menghantar surat saman mahkamah kepadanya. Pesakit ini telah melahirkan anak yang cacat dan meletakkan kesalahan di atas bahu Dr. Ariza.
Buku ini membawa kita bersama-sama mengharungi 4 tahun yang penuh sengsara turun naik mahkamah.
Pelbagai isu perundangan menjadi persoalan. Antaranya had masa suatu kes boleh dibawa ke mahkamah. Selepas 5 tahun? Atau 7 tahun? Atau 10 tahun?
Apakah yang patut dilakukan jika menerima surat saman mahkamah?
Apakah sistem perundangan yang digunapakai oleh negara kita?
Di peringkat Mahkamah Tinggi, doktor ini didapati telah melakukan kecuaian perubatan sehingga menyebabkan kecacatan kekal kepada bayi. Beliau telah disaman sebanyak lebih RM8 juta , iaitu gantirugi tertinggi dalam kes kecuaian perubatan pada ketika itu.
Apakah yang sebenarnya berlaku? Adakah benar Dr. Ariza bersalah? Atau adakah terdapat cerita di sebalik cerita?
Ini bukan cerita semata-mata… tetapi ini adalah kisah benar!!!