Product description
Cerita ini walaupun terlalu klasik dan ditulis oleh Ibnu
Tufail Al Andalusi yang wafat pada tahun 1185 Masihi, iaitu
lebih 800 tahun dahulu, namun ia dianggap sebagai novel
pertama seumpama ini yang pernah dihasilkan di dunia.
Daripada inspirasi novel inilah lahirnya watak Tarzan,
Mowgli dan Robinson Crusoe pada zaman moden ini.
Oleh sebab Ibnu Tufail Al Andalusi merupakan seorang
ahli falsafah, maka beliau banyak melontarkan idea-idea
falsafah di sebalik novelnya ini. Sebenarnya naskhah asal
novel ini lebih panjang berbanding apa yang terdapat di
dalam buku kecil ini, cuma saya telah membuat ringkasan
dengan hanya menumpukan kepada aspek penceritaan
dan mengenepikan perenggan-perenggan yang dipenuhi
dengan elemen falsafah yang terlalu ketara. Walau
bagaimanapun, bahasa dan gaya bahasa asalnya yang
unik itu tetap dikekalkan tanpa sebarang perubahan
untuk mengekalkan ketulenan dalam pengajaran Bahasa
Arab. Saya juga menterjemah teks ini ke dalam Bahasa
Melayu agar pengajaran di sebalik cerita ini akan tersebar
lebih meluas kepada umum.