About this product
BahasaBahasa Melayu
Jenis EdisiEdisi Biasa
Jenis Halaman KulitKertas kerja
VersiRingkas
Product description
Kuasai Ekonomi, Kuasa Dalam Tangan
ISBN: 978-629-7556-83-3
Penulis: Nazri Hamdan
Kod: GB805
Saiz: 21.6 cm X 14cm
Tebal: 256 ms
Berat: 0.5kg
Harga: RM35.00/RM37.00
Keadaan ekonomi akan sentiasa naik dan turun mengikut peredaran masa. Keadaan ini kita panggil sebagai kitaran perniagaan.
Sebelum tahun 2000, ramai pakar ekonomi percaya bahawa kemelesetan ekonomi akan berlaku setiap 10 tahun. Walau bagaimanapun, keadaan sekarang sangat berbeza.
Dalam keadaan sekarang, turun naik ekonomi sukar untuk dijangka. Kemelesetan ekonomi tidak semestinya berlaku setiap 10 tahun. Ia mungkin berlaku kurang daripada itu. Tambahan lagi, ada juga faktor lain yang bukan ekonomi (misalnya wabak penyakit) pada tahun 2020 yang menyebabkan kemelesetan ekonomi. Tiada sesiapa pun yang boleh menjangka ekonomi dunia akan merundum pada tahun tersebut kerana tidak ada tanda-tanda jelas dari aspek ekonomi bahawa akan berlakunya kemelesetan.
Justeru, buku ini menghuraikan tentang konsep-konsep ekonomi dan merungkai salah faham yang berlaku terutamanya kerana tiada orang yang menyampaikan ilmu ini dengan cara yang mudah untuk difahami. Penulis menggunakan bahasa dan gaya penulisan seringkas yang boleh supaya semua pembaca senang faham bagaimana ekonomi berfungsi dalam dunia sebenar.