TikTok Shop Malaysia logo
Search
1/9
RM70.00

KOMBO THE SHADOW SERIES - Novel action thriller

Sold by SaraAisha
5(20)
82 sold

Select options

Select

Shipping

From RM5.60
Est. delivery by Apr 23 - Apr 25

Customer reviews (20)

s**♡
s**♡
Item: Kombo full set
Huhu, saving Lucy wolf bawah dia ada damage sedikit🥹.but it's okay. Still cantik bukunya even crack sikit😂. And ada sign penulis💘💘
Product Review of KOMBO THE SHADOW SERIES - Novel action thriller from s**♡ 0
Product Review of KOMBO THE SHADOW SERIES - Novel action thriller from s**♡ 1
Product Review of KOMBO THE SHADOW SERIES - Novel action thriller from s**♡ 2
October 26, 2024
I**i L**a
I**i L**a
Item: Kombo full set
Alhamdulillah sampai dengan selamat nya. Terima kasih semua 🫰🫶
Product Review of KOMBO THE SHADOW SERIES - Novel action thriller from I**i L**a 0
Product Review of KOMBO THE SHADOW SERIES - Novel action thriller from I**i L**a 1
September 8, 2024
m**h
m**h
Item: Kombo full set
TOP
Receiving in good condition.
Product Review of KOMBO THE SHADOW SERIES - Novel action thriller from m**h 0
Product Review of KOMBO THE SHADOW SERIES - Novel action thriller from m**h 1
September 10, 2024
y**a
y**a
Item: CNC + SL
yeayyyy....combo dah sampai. Lawa gila cover series ni. Thanks Sara Aisha. excited sebab dapat postkad dan live signature sekali🥰🥰❤️
Product Review of KOMBO THE SHADOW SERIES - Novel action thriller from y**a 0
March 4, 2025
y**a
y**a
Item: CNC + CNW
dari sipnosis dah tahu betapa best citer dia. Kita salah ambil satu buku,terambil Cobra 2😅. Takpela....nanti beli Shark❤️❤️❤️
Product Review of KOMBO THE SHADOW SERIES - Novel action thriller from y**a 0
March 4, 2025
.**.
.**.
Item: CNC + CNS + SL
FINALLY! I GOT MY SHADOW SERIES! Lama simpan niat nak beli, alhamdulillah! Tunggu wolf SE mari pulak 🤭 Thank you kak sara! 🤩🌹💗
Product Review of KOMBO THE SHADOW SERIES - Novel action thriller from .**. 0
November 14, 2024
h**s
h**s
Item: CNW + SL
Alhamdulillah buku Dalam keadaan baik seperti Dalam gambar
Product Review of KOMBO THE SHADOW SERIES - Novel action thriller from h**s 0
October 30, 2024
ε** ** ** ** ε**
ε** ** ** ** ε**
Item: Kombo full set
Alhamdulillah buku² saya dah sampai. Penghantaran cepat dan kondisi buku semua elok tiada kemek. Rasanya lengkap sudah koleksi novel² SA saya. Terima kasih ❤❤❤
Product Review of KOMBO THE SHADOW SERIES - Novel action thriller from ε** ** ** ** ε** 0
Product Review of KOMBO THE SHADOW SERIES - Novel action thriller from ε** ** ** ** ε** 1
October 11, 2024
M**a
M**a
Item: Kombo full set
Finally safely arrived 😆😆😆 tak sbar nk bc..nsib sempat grab sblm sold out.. packaging mantapp.. 👍👍
Product Review of KOMBO THE SHADOW SERIES - Novel action thriller from M**a 0
July 13, 2024
m**🌕
m**🌕
Item: Kombo full set
Finally dpt beli setelah sekian lama 🥰🥰 tak sabar nak baca 😄
January 30, 2025
i**a
i**a
Item: Kombo full set
Buku smpi dlm keadaan baik.. siap dgn autogragh author.. tqvm!!
September 12, 2024
z**a
z**a
Item: CNC + CNW + SL
Terimak kasih. Buku sampai elok
Product Review of KOMBO THE SHADOW SERIES - Novel action thriller from z**a 0
December 30, 2024
T**q A**a
T**q A**a
Item: Kombo full set
Good
Good
January 29, 2025
A**l ** B**️
A**l ** B**️
Item: Kombo full set
buku semua sampai sempurna 👌🏼
September 17, 2024
r**n
r**n
Item: Kombo full set
Good
October 6, 2024
h**s
h**s
Item: CNC + CNS
👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻👍🏻
October 10, 2024
M**n
M**n
Item: Kombo full set
Ok
October 30, 2024
c**a
c**a
Item: Kombo full set
tq
August 25, 2024
u**7
u**7
Item: Kombo full set
selamat sampai
September 4, 2024
N**🌷
N**🌷
Item: Kombo full set
November 16, 2024
SaraAisha
12 items
Shop performance
Better than 80% of other shops
Ships within 2 days
74%
Responds within 24 hours
100%

Product description

SINOPSIS CODE NAME COBRA
2019. RED OPERATION
Objektif: Jatuhkan ketua paling tinggi dalam jaringan kumpulan kongsi gelap The Sun Society
Misi: Menyeludup masuk ke dalam kumpulan Red Sun
Sasaran: Athena Li
“Athena? As in… the Greek goddess?”
“Lebih tepat lagi, the goddess of war.”
Bagi Kai, dia tidak peduli. Sama ada wanita itu ialah dewi peperangan atau pun tidak. Yang pasti dia ialah Cobra. Salah seorang hacker terbaik di Malaysia, merangkap salah seorang ejen terbaik dalam organisasi rahsia, The Shadow. Dia akan menyeludup masuk macam ular, dan akan keluar macam ular. Tiada siapa yang tahu, kecuali bila mereka mati terkena bisanya.
Namun…
Berdepan dengan seorang Athena Li, bukanlah semudah yang dia jangka. Wanita itu benar-benar cocok dengan namanya. Dingin, keras, bijak, manipulatif dan… kejam.
“Huh, berlagak malaikat!”
“Malaikat? Tak. Kenapa aku nak jadi malaikat, kalau aku boleh jadi syaitan?”
Tidak cukup dengan itu, Athena membuat sesuatu. Tidak terjangkau dek akalnya. Tidak terduga oleh The Shadow. Misi mereka dalam bahaya. Lebih-lebih lagi, bila Athena menjatuhkan bom paling besar.
“Nice to meet you. I am…”
Sekarang, apa yang akan berlaku? Bila Kai bukan setakat perlu menjayakan misinya, tetapi juga perlu berdepan dengan Athena. Lagi haru, bila dia mula menyedari… bahawa sesungguhnya, dia sudah jatuh cinta pada wanita berbahaya itu.
___
SINOPSIS CODE NAME SHARK
2020. BLUE OPERATION
Objektif: Menggagalkan rancangan gila Pharma Art untuk menghasilkan senjata biologi paling berbahaya di dunia
Misi: Menjejaki dan melindungi orang yang menyimpan rahsia formulasi terakhir Blue Anthrax
Sasaran: Dr. Indira Rao
Dia ialah wanita berbahaya. Dia ialah wanita yang dikatakan sudah mati. Namun, kemunculannya secara tiba-tiba di Kota Semporna telah menggegarkan segala-galanya. Pharma Art mahukan dia semula! The Shadow tidak akan biarkan itu berlaku!
“Kita kena sampai dulu kepada dia. Protect her and bring her back.”
Arahan sudah diterima. Shark tidak akan teragak-agak untuk berbuat apa sahaja demi melaksanakan misinya. Bagi dia, wanita itu adalah satu-satunya kunci demi menamatkan segala kegilaan Pharma Art.
Namun…
Berdepan dengan seorang Indira Rao, bukanlah semudah yang dia jangka. Wanita itu keras dalam caranya tersendiri.
“Don’t mess with The Shadow, Dr. Indira Rao.”
“Kenapa? Kau nak seksa aku sampai aku buka mulut?”
Tidak cukup dengan itu, muncul pula lelaki itu. Yang tidak akan pernah berhenti, hingga Indira jatuh ke dalam genggamannya.
“They have my woman. Dan itu adalah apa yang aku tak boleh maafkan.”
Masa semakin suntuk. Shark semakin terdesak. Dia perlu membawa Indira pulang ke ibu pejabat secepat mungkin! Malangnya, dia tersilap perkiraan. Indira jatuh ke tangan lelaki itu. Kini, terpulang kepada dia untuk menyelamatkan Indira dan menamatkan semuanya hingga ke kata noktah. Kerana sesungguhnya, seorang Shark ialah…
“Aku ni jenis lelaki yang akan korbankan nyawa aku untuk kau.”
___
SINOPSIS CODE NAME WOLF
2021. BLACK OPERATION
Objektif: Menjatuhkan Black Diamond Group, sebuah syarikat konglomerat yang sebenarnya dalang di sebalik pasaran pemerdagangan manusia di Asia Tenggara
Misi: Menyelamatkan mangsa-mangsa di bawah Black Diamond Club
Sasaran: Madam Lee
“Apa kau buat di sini?”
Semuanya bermula dengan persoalan itu. Wolf bertemu kembali dengan wanita yang selama ini menguasai hidup dan hatinya. 
“I’m here for Madam Lee. Hanya itu.”
Wolf mengerti. Wanita di hadapannya bukan lagi wanita yang suatu masa dahulu dia kenal. Di antara mereka kini hanya tinggal urusan Black Operation. Dia sebagai Wolf. Wanita itu sebagai Phoenix.
Namun…
Berdepan dengan seorang Phoenix, bukanlah semudah yang dia jangka. Kerasnya wanita itu terlalu mencabar dirinya. Apatah lagi, di antara mereka sebenarnya terjalin satu perhubungan yang tidak semudah itu putus.
“Aku hanya ada dua pilihan sekarang. Pertama, aku jadi seorang ejen yang bertindak rasional. Kedua, aku jadi seorang suami yang naik gila.”
Tidak cukup dengan itu, kemunculan Madam Lee di hadapan mereka, menghuru-harakan lagi keadaan. Phoenix jadi semakin tidak terkawal. Wolf jadi semakin terdesak. Di antara menyelamatkan isterinya, atau membiarkan Phoenix terus-terusan terperangkap dalam matlamat gilanya. Kerana sesungguhnya, dia juga mahu membunuh mereka.
“You’re mine. Mereka dah sentuh apa yang jadi hak milik aku. Jadi, mereka akan jilat akibatnya.”
“Aku tak perlukan kau untuk balas apa-apa bagi pihak aku. Biar aku yang buat sendiri.”
Permainan kini bermula. Di antara sang serigala yang mahu menjadi pelindung, dan seorang Phoenix yang bangkit dari abu kemusnahan. Namun yang nyata, mereka berdua ialah pasangan pemusnah. Mereka… akan menguburkan Black Diamond Group.
___
SINOPSIS SAVING LUCY
2022. SPECIAL OPERATION L
Objektif: Menyelamatkan Lucy
Misi: Menjejaki kehilangan Lucy dan memastikan pihak yang bertanggungjawab menerima akibatnya
Sasaran: Phantom
“Phantom?”
“Yes, Phantom. One of the enforcers for Vassalo family.”
The Shadow gempar! Lucy, ejen paling muda dalam pasukan Puan Ana Maria tiba-tiba hilang. Lebih menggemparkan apabila mereka mendapat tahu bahawa kehilangan itu mempunyai kaitan dengan Phantom, salah seorang pembunuh upahan bagi Vassalo family, sebuah keluarga mafia yang berpengaruh di Itali.
Lucy benar-benar tidak menduga! Kedatangannya ke Itali disambut ‘luar biasa’ oleh seorang lelaki asing. Dia diculik. Lebih mengejutkan apabila dia mendapat tahu bahawa lelaki itu mempunyai kaitan dengan kumpulan mafia.
“Aku takkan apa-apakan kau… selagi kau beri apa yang aku nak.”
“Apa yang kau nak?”
“Dia.”
Siapa ‘dia’ bagi lelaki itu? Kenapa mensasarkan Lucy, sedangkan mereka saling tidak mengenali? Namun semakin lama, semakin Lucy mengerti. Sesungguhnya, hanya dia yang menjadi ‘kunci’ buat satu lagi nyawa lain.
The Shadow pula semakin penasaran. Ejen Cobra, Shark dan Wolf bersumpah! Mereka akan membawa balik adik perempuan kesayangan mereka dan memastikan Phantom menjilat akibatnya. Sesiapa yang berani menyentuh Lucy… tidak akan lagi melihat dunia.

Videos for this product

Paid partnership
jannae
jannae
hakimyusof
hakimyusof
You may also like
Womenswear & Underwear
Phones & Electronics
Fashion Accessories
Menswear & Underwear
Home Supplies
Beauty & Personal Care
Shoes
Sports & Outdoor
Luggage & Bags
Toys & Hobbies
No more products
TikTok Shop promo codes
Sell on TikTok ShopSeller center
About TikTok ShopContact usCareersAffiliate
Help centerSafety centerCommunity guidelines
TransparencyAccessibility
Open TikTok