Berita baik untuk Ayah-Ayah
Set yang SEMUDAH ABC ,ikut sahaja step ABCDE yang telah dilebelkan sahaja , Simple LENGKAP dan SUCI.
Bahan-bahan:
Asam Jawa, Asam Keping, Garam kasar, Uncang kain , ,Apron,Sarung Tangan ,tisu khas mengeringkan uri ,sabun,kotak untuk menanam.
LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN URI :
1. Mulakan dengan lafaz Bismillah.
2. Pakai sarung tangan ,apron dan topeng muka yang telah disediakan.
3. Cuci uri dengan air paip mengalir sehingga bersih dari darah.
4. Cuci uri ~ Guna Asam jawa dan garam yang disediakan campur dengan air bersih Cuci uri di dalam bekas dan bilas.
5. Keringkan uri dgn tisu yang telah disediakan Letak / bungkus uri , Taburkan dan masukkan sekali asam keping bergaram yang disediakan selepas itu masukkan ke dalam uncang ikat kemas
6. Masukkan semula kedalam kotak dan tanam kedalam tanah dengan sempurna.
️Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan oleh binatang lain nanti
️Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh binatang-binatang lain.