Product description
[Pek Khas 1.0] Komik Jilid 01 dan Rantai Kunci Akrilik (Size: 6cm x 6.5cm)
Jilid 01 - Pertembungan Dimensi
Memandangkan cuti sekolah semakin hampir, Amato dan rakan- rakan memutuskan untuk mengembara mencari serpihan kapal dagang yang hilang di Selat Hilir. Sementara itu, Alex dan kumpulan penjelajahnya sedang melawan Ironbeard yang jahat dan Pirates Besinya untuk mendapatkan artifak emas yang tersembunyi di Amazon.
Tetapi kedua-dua pasukan ini secara tidak sengaja membuka portal yang menghubungkan kedua-dua dunia mereka! Adakah pertemuan yang tidak dijangka ini bakal mencetuskan kekeliruan pada kedua-dua belah pihak?
[Pek Khas 2.0] Komik Jilid 02 dan Akrilik Standee (Saiz: 16.5cm x 9.6cm)
Jilid 02 - Sengketan Kuasa
Apabila digabungkan, kedua-dua bahagian artifak dalam pegangan Alex dan Amato bertukar menjadi menjadi Power Sphera dipanggil PiBot, yang mempunyai kuasa untuk membuka portal antara dimensi. Kuasa ini menjadi rebutan lanun robot jahat, Ironbeard yang mahu menggunakannya untuk kepentingan sendiri. Pasukan Alex dan Amato menyedari bahawa Ironbeard perlu dihentikan dalam apa jua keadaan, walaupun terpaksa mengetepikan syak wasangka dan bekerjasama.