Olivie Plus 30x keluaran Olive House ini terhasil dari pokok zaitun yang ditanam di padang pasir berbatu, persekitaran yang panas (mencecah 53 ⁰C pada musim panas) di Morocco yang menjana daya ketahanan (survival mechanism) sekaligus menghasilkan buah zaitun yang berkhasiat tinggi. Teknik perahan Mechanically Cold-Pressed menunjukkan bahawa tiada haba digunakan untuk mengeluarkan minyak daripada zaitun dan mengekalkan manfaatnya
Antara kelebihannya adalah:
Diimport dari El-Borouj, Morocco
Diiktiraf MeSTI oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Mendapat pengiktirafan Halal daripada Institut Halal Morocco yang diiktiraf JAKIM
Mendapat pengiktirafan Organik daripada ‘United States Department of Agriculture’ (USDA) dan ‘European Union’ (EU)
Mendapat pengiktirafan Pensijilan Makanan Organik daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Mengandungi:
Bebas lemak trans
Tinggi nilai Vitamin D yang membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus dan
Tinggi nilai Vitamin E yang membantu melindungi lemak dalam tisu badan daripada pengoksidaan
Mengandungi lebih 30 kali ganda antioksida (hydroxytyrosol) berbanding minyak zaitun biasa
Mempunyai rasa pahit (pungency) yang datangnya dari kandungan oleocanthal yang detinggi dan sangat bermanfaat untuk kesihatan berbanding minyak zaitun biasa
Kaedah Penyimpanan:
Simpan di tempat yang sejuk dan kering serta jauh daripada cahaya matahari atau suhu panas
Setelah dibuka, pastikan botol ditutup dengan rapi
Habiskan dalam masa 2 bulan (maksimum) setelah penutup dibuka
Cara Pengambilan:
2 sudu besar diambil semasa perut kosong setiap pagi dan malam (1 sudu besar sebelum sarapan dan 1 sudu besar sebelum tidur)