500g (tanpa biji)=+-1.2kg dengan biji
Proses buang biji kurma sangat kompleks dan time consumingโฆ
Yang membuatkan AJWA MADINAH AA PREPPER ini istimewa adalah mesin vacuum khas yang kami gunakan. Vacuum sealer biasa tidak akan dapat mencapai tahap kepadatan AJWA PREPPER. AJWA MADINAH PREPPERS kami adalah yang dibuang biji kerana biji adalah menjadi punca kepada kutu kurma dan menyebabkan ianya tidak tahan lama walaupun divacuum.
SELAIN ITU MATERIAL PACKAGING ALUMINIUM YANG MENGHALANG PENEMBUSAN OXYGEN DAN CAHAYA JUGAK SANGAT PENTING UNTUK MENJADIKAN AJWA MADINAH INI STANDARD PREPPERS. (*Label pelekat produk mungkin berbeza mengikut stok semasa, tetapi kandungan tetap tidak berubah.*)
AJWA VS BERAS
- Di saat bencana seperti banjir kurma ajwa prepper adalah lebih berguna dari beras sekiranya kita terperangkap dalam banjir menunggu bantuan kerana tiada kelengkapan elektrik dan gas utk memasak beras menjadi nasi. Kurma ajwa adalah sumber tenaga segera yang boleh dimakan terus oleh semua lapisan umur. 2-3 biji sekali makan cukup utk membekalkan tenaga utk jangka masa yg wajar.
- Namun begitu beras gandum makan dalam tin dan sebagainya jugak sangat penting utk kita simpan dalam keadaan baik sekiranya menghadapi krisis makanan
โRaja berkata: Sesungguhnya aku bermimpi melihat 7 ekor lembu gemuk dimakan oleh 7 ekor lembu kurus. Dan 7 tangkai gandum yang hijau dan 7 tangkai yang lainnya kering. Wahai pembesar-pembesar, terangkanlah kepadaku berkenaan tafsiran mimpiku, sekiranya kamu dapat menafsirkannya.โ
(Yusuf: 43)
Takwilan Nabi Yusuf:
(i) 7 ekor lembu gemuk dan 7 tangkai gandum hijau: Melambangkan tempoh 7 tahun kesenangan ekonomi.
(ii) 7 ekor lembu kurus dan 7 tangkai gandum kering: Melambangkan tempoh 7 tahun kegawatan ekonomi.
Sediakan payung sebelum hujan
Dari jawapan Nabi Yusuf, Baginda menggagaskan cara berbelanja dengan berhemah. Kemarau, wabak dan peperangan antara situasi yang bukan di bawah kawalan kita.
Bahkan kita tidak boleh lari melainkan ia perlu dihadapi dengan tabah. Cara menghadapinya adalah bersedia seperti yang diajarkan oleh Nabi Yusuf.
Kurma Ajwa yang disimpan dalam keadaan vakum boleh bertahan antara 10 hingga 30 tahun bergantung pada lokasi penyimpanan. Pastikan ia disimpan di bilik yang terlindung dari cahaya matahari langsung.
Pembungkusan vakum untuk kurma Ajwa adalah pilihan yang bijak untuk penyimpanan jangka panjang dan persediaan kecemasan kerana:
1. Jangka Hayat Panjang: Pembungkusan vakum mengeluarkan oksigen, yang menghalang proses penguraian dan memanjangkan jangka hayat kurma sehingga beberapa tahun, menjadikannya kekal segar dan boleh digunakan dalam tempoh yang lama.
2.Kos Efektif: Membeli kurma dalam kuantiti besar dan membungkusnya sendiri dengan vakum boleh menjimatkan kos berbanding membeli dalam kuantiti kecil yang sudah siap dibungkus, mengurangkan perbelanjaan dalam jangka masa panjang.
3. Pengekalan Nutrien: Dengan mengurangkan pendedahan kepada udara dan cahaya, pembungkusan vakum membantu mengekalkan kandungan nutrisi asal kurma, menjadikannya sumber pemakanan yang boleh diandalkan dalam situasi kecemasan.
4. Pencegahan Serangga: Vakum yang rapat mencegah kemasukan serangga seperti kutu dan tikus, melindungi makanan yang disimpan dan menjadikannya selamat untuk dimakan.
5. Kecekapan Ruang: Pembungkusan vakum mengurangkan saiz pembungkusan, mengoptimumkan ruang penyimpanan, dan membolehkan anda menyimpan lebih banyak bekalan dalam ruang yang terhad.
6. Kebolehgunaan: Kurma yang dibungkus vakum sangat serbaguna untuk pelbagai penggunaan, memastikan anda mempunyai bekalan asas yang siap digunakan dalam pelbagai situasi, termasuk kecemasan.
7. Penjimatan Masa: Dengan kurma yang dibungkus vakum, anda tidak perlu kerap membeli bekalan baru, yang menjimatkan masa dan usaha, terutama dalam keadaan kecemasan atau sekatan pergerakan.
8. Konsistensi Kualiti: Pembungkusan vakum melindungi kurma daripada kelembapan, mengekalkan tekstur dan rasa yang baik dari masa ke masa, berbanding pembungkusan tradisional yang mungkin menyebabkan kemerosotan.
9. Persediaan Kecemasan: Bencana alam atau gangguan bekalan boleh menjejaskan rantaian bekalan makanan. Kurma yang dibungkus vakum menyediakan bekalan makanan yang boleh diandalkan dalam keadaan kecemasan tersebut.