Cara Tanam :
BENIH : TEMBIKAI PANJANG MADU KING
Semai biji benih di tray semaian/polybeg dengan campuran tanah dan pasir dengan kedalaman lebih kurang 1/2 inch. Benih lambat tumbuh jika ditanam terlalu dalam.
Tutup tapak semaian dengan daun kelapa atau net hitam sehingga cahaya tidak mengenai medium tanaman. Basahkan medium sekali sekala selama seminggu.
Buang daun kelapa apabila benih mula bercambah. Biasanya benih mula tumbuh lebih kurang seminggu.
Pindahkan benih ke lubang di atas batas selepas mempunyai 4 helai daun.
Pastikab akar benih tembikai tidak putus. Digalakan 2 anak pokok sahaja dalam satu lubang.
Wajib siram setiap hari, dua kali sehari iaitu pagi dan petang kecuali hujan.
Mulakan pembajaan apabila pokok tembikai mula menjalar lebih kurang 1 bulan keatas.
Guna baja urea atau baja tinggi yang nilai Nitrogen. Saya cadangkan guna baja organik kerana ia kurang power dan selamat seperti tinja ayam proses.
Baja dalam jumlah satu sudu kecil baja urea sehingga dua sudu besar mengikut saiz pokok. Letak baja 3 inch dari pangkal pokok tembikai.
Baja pokok seminggu sekali selepas menyiram.
Apabila pokok tembikai start mengeluarkan buah, kerapkan menyiram untuk buah cepat membesar.
Masa tebaik menanam terbikai adalah pada musim panas yang tiada hujan.
PENENTUAN KEMATANGAN BUAH TEMBIKA
Kematangan buah tembikai ditentukan
berpandukan kepada ciri-ciri berikut :
1.Warna Kulit Buah Yang Bersentuh Tanah
Warna putih sebelum matang dan bertukar kuning apabila matang.
2. Menjentit Buah
Buah matang berbunyi seperti berongga. Buah belum matang bunyinya padat dan nyaring.
3.Urat Pada Jalur
Bagi tembikai berjalur, urat pada jalur memecah dan warna jalur menjadi pudar apabila buah matang.
4.Kekilatan Kulit Buah
Buah boleh dituai apabila kulitnya menjadi pudar atau kurang berkilat. Pada peringkat ini, kandungan gula mencapai tahap maksim