Product description
Tip Ringkas Tanam Terung :
Terung merupakan sayur buah yang popular dalam masyarakat kita. Buahnya enak dimakan dengan pelbagai menu.
Untuk penanaman, pokok terung perlukan banyak cahaya dan sesuai ditanam dalam bekas atau polibeg mahupun atas tanah.
Terung perlukan banyak cahaya dengan tanah yang subur. Tidak banyak lindung dari pokok besar. Ia sesuai ditanam dalam tanah yang kaya dengan bahan organik.
Rendamkan benih dalam air suam sehari sebelum menyemai untuk menpercepatkan percambahan . Jika benih tidak rendam pun tak mengapa. Tunjuan rendam supayaudah bercambah lebih cepat.
Benih terung tadi ditanam dalam tray semaian atau bekas kecil menggunakan tanah organik.
Benih terung ditanam sedalam kira-kira 2 cm. Tutup dengan plastik hitam selama 2 hari kerana benih terung akan bercambah dalam gelap sepenuhnya. Benih terung akan bercambah dalam masa 1 hingga 2 minggu.
Anak benih dipindahkan apabila anak pokok terung tumbuh setinggi 8 hingga 10 cm ke dalam bekas besar atau ke atas batas.
Jika inginkan pohon yang rimbun, patahkan pucuk yang utama. Potong bahagian atas pucuk suaya pokok bercabang banyak.
Untuk tanaman menggunakan batas, jarakkan pokok kira-kira 60 hingga 75 cm (24 hingga 30 inci).
Penjagaan dan pembesaran pokok terung.
Kerja-kerja merumput di sekeliling pokok wajib dilakukan setiap minggu. Pokok hendaklah sentiasa disiram selalu.
Jangan biarkan tanah kering tapi jangan pula sampai air bertakung. Bergantung kepada cuaca semasa.
Baja harus ditaburkan setiap 2 minggu untuk pembesaran yang baik. Gunakan baja organik sebaiknya atau baja NPK subur warna hijau dan baja biru buah.
Buah terung boleh dipetik ketika kulit berkilau. Apabila buah kurang berkilau tandanya buah makin tua, ia semakin pahit dan kurang enak dibuat makan secara mentah.
✔️SERANGAN PENYAKIT/SERANGGA
Pokok perlu sentiasa diperhatikan kerana , ia mungkin diserang bena (aphid), whitefly dan ulat bulu. Buang haiwan perosak jika temui atau kawalan racun serangga untuk menghapuskan nya.