Aku ada tips untuk kau kalau nak sembang tentang politik tanpa stress. Senang saja.
Jangan taksub dengan parti dan tokoh-tokoh politik. Bendera yang kau kibar hari ini belum tentu sama perjuangannya seperti bendera itu pada masa dahulu.
Tokoh-tokoh yang kau sanjung boleh lompat parti bila-bila masa sahaja.
Jadi aku harap masa kau baca penulisan ini, kau tak melatah bila ada mana-mana parti atau tokoh yang kau taksub kena perli. Nak jadi lebih terbuka, maka buang ketaksuban parti kita itu di belakang.