About this product
- Jenis Halaman Kulit:Kertas kerja
- Pengarang:Afyan Mat Rawi
- Bahasa:Bahasa Melayu
- Tahun:2023
Product description
F.I.R.E: Financial Independence Retire Early
Tahukah anda perbezaan orang kaya dengan orang biasa bukanlah pada duit, tetapi pada cara berfikir dan habit mereka berkenaan dengan wang.
Ada orang yang mempunyai banyak duit, kereta mewah, rumah mewah tetapi dibebani dengan hutang yang bertimbun, tiada wang simpanan dan hidup tersepit dengan 1,001 masalah kewangan.
Ia tidak ubah seperti peribahasa “besar periuk, besarlah keraknya”. Apabila masalah-masalah kewangan yang mereka hadapi ketika bergaji kecil masih tetap ada sekalipun telah bergaji besar.
Sebab apa perkara itu berlaku? Sebab cara fikir mereka ketika nergaji keil tetap sama, sekalipun gaji mereka bertambah besar.
Cara fikir yang sama membawa kepada tindakan yang sama dan akhir sekali membawa kepada hasil dan kepercayaan yang sama berkenaan wang.
Ketika gaji kecil tidak mampu untuk menyimpan, ketika gaji besar juga tidak mampu untuk menyimpan apabila mempunyai cara fikir dan habit yang sama.
Berita baik buat anda! Sekiranya anda membeli buku ini dan membaca sehingga habis, anda berpeluang menjadi jutawan. Anda juga berpeluang menelusuri kisah benar 20 jutawan yang dikongsikan oleh pengarang buku ini.
SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI DUIT
Sebut berjimat, kita membayangkan perlu berpayahan, tidak up-to-date dan harus ikat perut.
Konsep FRUGALICIOUS yang ditampilkan dalam buku ini merungkai amalan berjimat yang selesa dan menjurus hidup serba terurus.
5 bahagian bab bermula dengan prinsip pengurusan kewangan keluarga, merangkumi keperluan keluarga paling asas. Anak-anak dididik sedari kecil dengan perkongsian tip-tip menarik. Riadah, libur dan bersedekah turut disentuh melalui kisah-kisah pengalaman oleh 2 pengarangnya.
62 TEKNIK KEWANGAN KELUARGA daripada Afyan Mat Rawi, seorang pakar kewangan & Hanz Jamaludin, seorang pengamal konsep Frugalicious diolah untuk mudah faham dan pantas bertindak.
Satu gaya hidup beramalan jimat bersama peluang - ‘Biar sikit-sikit, lama-lama pasti jadi duit.’
Membaca buku Bijak Merancang Wang ibarat membaca buku peta, maka membuat perancangan kewangan umpama kita merancang perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan, kita perlu merancang sebagai anologi mudah, apabila kita mahu ke suatu tempat yang belum pernah dituju dan tidak mengetahuinya, kita akan menggunakan aplikasi Waze ataupun Google Maps sebagai panduan.
Pelaburan bagi mendapatkan buku Bijak Merancang Wang ini adalah satu pelaburan yang berbaloi. Dengan wang itu, pembaca akan mendapat satu perspektif baru tentang perancangan kewangan.
Ada pelbagai topik yang dibincangkan dalam buku ini, yang penulis rangkumkan kepada beberapa bahagian dan subbahagian. Ini merangkumi topik-topik yang berkaitan dengan perancangan kewangan secara keseluruhan yang bermula daripada pengurusan pendapatan sehinggalah topik tentang pengurusan pusaka apabila kita meninggal dunia kelak.