Penerbit Mahir: Program Kecemerlangan Akademik SBP Zon Utara Tingkatan 4,5 KSSM (2023) ini adalah hasil kerjasama guru-guru cemerlang dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Zon Utara. Buku ini mengandungi empat mata pelajaran, iaitu Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi dengan setiap mata pelajaran terdiri daripada Modul Gold, Modul Platinum dan Modul Diamond. Soalan-soalan dalam buku ini digubal berdasarkan buku teks KSSM dan format Instrumen Pentaksiran SPM (KSSM) yang terkini.