Flatbar aluminium ( 50mm x 3mm) adalah jenis aluminium yang banyak digunakan meluas dalam pembinaan dan project diy sendiri seperti peralatan dapur (makanan) dan bilik air, bracket kenderaan, peralatan berkebun, peralatan air laut dan pelbagai kraftangan. Flatbar aluminium ini kerap digunakan kerana tahan karat dan ringan. Kilatannya (matte) juga cantik dalam kekemasan sesuatu project. Aluminium adalah logam yang lebih lembut tetapi lebih ringan berbanding besi mild steel / stainless steel. Logam aluminium ini juga bersifat lembut mudah dibentuk dan tahap lebur yang rendah. Aluminium juga merupakan logam tahan karat yang agak baik berbanding logam mild steel yang biasa. Aluminium ini boleh dibeli dalam ukuran 1hingga 3 kaki mengikut kesesuaian anda.