Buku ini diterbitkan oleh Universiti Malaya, salah sebuah daripada 60 buah Universiti terhebat di dunia. Ia mengetengahkan konsep asas kesihatan gigi. Dalam buku ini, persoalan berkaitan penggunaan dan faedah miswak dianalisis dalam perspektif Islam dan sains pergigian. Penulis mengemukakan pelbagai pandangan daripada ilmuwan Islam kontemporari berkaitan miswak sebagai alat penjagaan kesihatan gigi. Buku ini sesuai untuk pelajar, pensyarah, pengkaji berkaitan pergigian dan kajian Islam serta kepada sesiapa sahaja yang berminat dalam penjagaan kesihatan pergigian.