Buku ini dihasilkan bagi menarik minat murid-murid dalam pembelajaran bahasa Arab UPKK, dan sebagai bahan rujukan tambahan.
Buku ini bukan sahaja sesuai untuk calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan UPKK, malah boleh dijadikan bahan bantu mengajar oleh
para guru.
Buku ini sarat dengan inovasi pembelajaran terbaru iaitu pendekatan komik berwarna, nota carta, peta minda, dan latihan setiap topik. Penerangan lengkap diberikan demi memenuhi kehendak calon UPKK yang pastinya sukar mencari bahan rujukan silibus terbaru 2.0.