Mark Hayden dan Darlene Fareesha, dua insan yang datang dari dunia yang berbeza. Tidak pernah saling mencintai. Takdir menyatukan mereka dengan cara yang paling tidak terduga. Tetapi Darlene terima dengan hati yang terbuka.
Jejaka yang sentiasa digeruni ramai kerana perwatakannya yang sentiasa dingin dan kejam. Dilahirkan tanpa rasa takut di dalam diri menjadikan dia lelaki yang tidak berhati perut.
Seorang gadis yang telah dibuang oleh abang-abangnya atas sebab kematian bapanya. Hidupnya berubah 180 darjah selepas bergelar seorang isteri kepada salah seorang ahli kumpulan gelap.
Namun, di sebalik perkahwinan itu, terselit kebenaran yang tidak dapat diterima olehnya. Tetapi semuanya sudah terlambat.
Hidup tidak pernah tenang walau sekali. Mereka sentiasa diburu, tetapi dengan siapa? Siapakah musuh mereka yang menyorok di balik tirai selama ini?