Buku smpai dlm 3 hari camtu ..balutan tebal so buku x de rosak
November 16, 2024
F**a
Item: Default
penghantaran cepat...buku terima dalam keadaan baik...
June 18, 2024
a**0
Item: Default
Alhamdulillah buku dah selmat sampai x sangka dpt beli n baca semula buku ni walawpon pernah baca kt wattpad dulu n katanya ada sedikit perubahan jalan cerita tpi apapun saya suka akhirnya dpt jgk miliki buku ni.Tak sabar nk baca
December 19, 2023
Y**
Item: Default
Alhamdulillah, barang smpai dlm keadaan yng baik.
November 14, 2023
s**a
Item: Default
Buku sampai dlm keadaan baik.tk sabar nk bc.penghantaran pn cpt.tq seller🥰
December 8, 2024
Product description
Bersungguh nenek Mikael cerita pasal cucu opah yang duduk dekat nuyok tu ya. Eh,terikut sebut nuyok pulak Cik Aha ni hehe.. Jom layan teaser ni.TEASER LECTURER SEBELAH RUMAH REVAMP“Petang tadi nenek pi sembang-sembang dengan Che Bunga,” tiba-tiba Nek Mah bersuara. Mahu mengajak Mikael berbual sebenarnya.“Nenek sembang apa aje dengan opah?” Sekilas pun Mikael tak menoleh pandang Nek Mah yang duduk di belakangnya. Tangannya sibuk menanda kertas-kertas kuiz sambil sesekali jarinya menekan-nekan papan kekunci komputer riba.“Dia habaq cucu dia yang dok nuyok tu nak balik mai duduk sini,” cerita Nek Mah. Spontan Mikael ketawa.“New York la, nek. Apa pula nuyoknya?” terhinggut-hinggut Mikael ketawa. Pap! Bahunya ditampar lembut.“Alah, janji bunyi nak dekat-dekat sama.” Tercebik bibir Nek Mah. Dia ni orang tua. Manalah reti nak sebut New York tu betul-betul.“Yalah, nek. Nuyok pun nuyok la…” tergeleng Mikael. Asal boleh faham sudah la bunyinya.“Cucu dia tu anak sulung Cik Nani. Hang ingat dak lagi kat budak tu?” tanya Nek Mah. Pelipis Mikael bergaris. Dia menoleh memandang Nek Mah untuk beberapa saat.“Tak perasanlah pula, nek. Lagipun, dia orang duduk kat New York tu nak dekat dua puluh tahun dah, kan? Dan dia orang pun jarang balik sini,” balas Mikael. Tiga tahun dia menetap bersama Nek Mah di kampung, rasanya jarang sekali cucu-cucu opah yang duduk dekat luar negara itu pulang ke kampung. Kalau pun mereka pulang ke sini, mesti waktu dia tak ada.“Alah, yang sulung tu. Waktu kecik-kecik hampa biasa dok main sekali,” Nek Mah cucuk-cucuk bahu Mikael. Mikael garu pipi.“Tak ingatlah, nek. Dekat dua puluh tahun kut. Memori zaman kanak-kanak Mika dah loss.” Mikael menyengih bila Nek Mah tarik muka. Memang taklah dia nak ingat balik memori zaman kanak-kanaknya dulu. Dengan siapa dia berkawan dan macam mana rupa kawannya, manalah dia nak ingat balik semua itu.“Lawa budak tu, Mika. Che tunjuk gambaq dia kat nenek tadi. Muka putih tak macam muka Melayu kita. Agaknya sebab lama sangat dok kat luaq negara kut noh? Tu muka ikut orang sana.”Terbayang-bayang kembali raut wajah Rhea yang Nek Mah tengok dekat telefon bimbit opah. Nama sahabatnya itu Che Bunga tapi Mikael panggil wanita itu dengan panggilan opah.“Dia habaq kata cucu dia tu nak balik mai sambung mengaji kat sini. Dia nak sambung mengaji kat kolej hang kut, Mika?”Bersungguh-sungguh Nek Mah bercerita tentang cucu opah yang dikatakan lawa itu. Muka tak macam orang Melayu katanya. Alahai.“Nek, bukan kolej Mika aje ada kat sini. Berlambak-lambak!”“Lah, mana la nak tau kut kena kat kolej hang. Boleh la nanti hang tengok-tengokkan budak tu. Dia bukannya tau apa benda kat sini. Hang pi la kawan dengan dia. Bawak dia ronda-ronda naik bot ka?” Terlipat leher Mikael memandang Nek Mah bersama kerutan yang menghiasi wajahnya.