Product description
Top Sales di Online. >10,000 kilo sudah terjual.
Dijamin Stok baru sahaja.
Jika anda dapati rasa gula melaka ini masin keterlaluan, beritahu lah kami. Full refund without any question. Kami dah pilih yang terbaik sahaja.
Order hari ini, kami akan pos secepat mungkin (1-2 hari).
GULA MELAKA atau COCONUT PALM SUGAR merupakan sejenis gula berwarna coklat yang dibuat daripada air manisan kelapa (Cocos nucifera) atau Nira Kelapa yang dimasak sehingga pekat dan kemudian membeku apabila sejuk. Antara juadah dari jenis kuehmueh yang menggunakan gula melaka seperti Kueh Buah Melaka, Kueh Bingka, Apam Gula Melaka, Kueh Badak Berendam, Lempeng Berinti Kelapa dan Gula Melaka, Cendol, Bubur nasi merah, kueh koci dan banyak lagi.
Ciri-ciri Utama Produk ini ialah;
+ Produk ini adalah 100% Nira Kelapa.
+ Texture berbeza-beza kerana ia menggunakan acuan buluh.
+ Disarankan kena masak dan tapis sebelum diguna. Sebab apa? Sebab gula ni original Nira Kelapa, untuk mendapatkan bentuknya dan semasa proses membuatnya, sedikit hampas kelapa ditaburkan ke dalam kawah. Ia bertujuan untuk mengikat struktur nira supaya tak berderai2.
+ Tiada campuran gula pasir. Nira kelapa sahaja. Kalau yang campur gula pasir tu fizikalnya akan keras, tetapi murah harganya. Produk ini, lembut, wangi dan boleh dicubit untuk dirasa. Rasanya asli, memang asli... Merecik Hawaw... Dah namanya gula Melakeee...
Berat +/- 1KG bagi setiap bungkus.
Pembungkusan plastik seal.
Saiz dan bilangan ketulan gula melaka ni tidak sama untuk mendapatkan jumlah beratnya adalah +/- 1KG. Jadi setiap pembeli akan mendapat berat gula melaka 1KG dengan saiz yang pelbagai. Kalau dapat ketulan besar pun tiada masalah, sebab gula ni lembut je. Boleh ketuk dan terbelah. Minimum untuk dapat 1kg ialah 3 ketul dan kalau saiz kecik2 semuanya maksimum 8 ketul.
Warnanya juga tidak konsisten. Ada tiga kategori, HITAM, PERTENGAHAN dan CERAH. Kami ada yang PERTENGAHAN dan sedikit yang cerah sesuai untuk masakan.
Kalau original, semut tidak akan galak datang nak kerumun gula melaka ni.
Jangan dedahkan kepada panas matahari. Ia boleh menyebabkan cair. Bila cair dia tak betuk silinder lagi la.
Bungkus dengan plastic, buble wrap, kemudian balut dengan kertas kotak/PLASTIK TEBAL, kemudian kami balut dengan plastic courier dan salotape. Insyallah ia selamat sampai.