Product description
Krim anti-penuaan mewah dengan tekstur pekat selembut baldu, meresap cepat ke dalam kulit tanpa rasa berminyak dan tidak meninggalkan rasa melekit.
Menggabungkan bahan-bahan terbaik seperti Paeonia Suffruticosa Root Extract, Scutellaria Baicalensis Extract, Saxifrage Sarmentosa Extract, Arbutin, Glutathione, Ascophyllum Nodosum Extract, Asparagopsis Armata Extract, Aminopropyl Ascobyl Phosphate dan Sodium Hyaluronate untuk menghidrat, menganjal, mencerah dan menyekatakan kulit secara menyeluruh.
Paeonia Suffruticosa Root Extract (Chinese Tree Peony), Paeonol menyekat aktiviti enzim tertentu dalam tubuh yang membantu memperlahankan kesan radiasi UV terhadap pembentukan pigmen sekaligus bertindak sebagai therapeutic agent untuk mengatasi masalah pigmentasi dan pencerahan kulit.
Scutellaria Baicalensis Extract (Chinese Scullcap), atau 'The Golden Herb" mengandungi pelbagai nutrient seperti amino acid, flavonoids, phenylethanoids, sterols, terpenes dan volatiles oils yang bagus untuk kulit. Terpenes dan volatiles oils berfungsi memutihkan kulit secara semulajadi. Flavonoids menyediakan perlindungan dari radiasi UV. Ia juga herba antioksida terkuat disebabkan oleh kandungan kompoun seperti Baicalin, baicalein, wogonin, oroxylin A, dan Skullcapflavone II yang banyak diekstrak dari akarnya.
Saxifrage Sarmentosa Extract, sejenis bunga yang berasal dari Asia dan diamalkan sebagai diet harian oleh penduduk Korea kerana kelebihannya terhadap kecantikan kulit. Bunga ini mengandungi tannin dan proanthocyanadin yang bertindak sebagai sumber antioksida, anti-penuaan dan anti-kedutan. Ia juga mengandungi keupayaan antiseptic, astringent dan pelembap semulajadi untuk meningkatkan keanjalan kulit. Selain itu, ia tmengandungi arbutin yang bertindak mencerah dan menyekatakan tona wajah.
Arbutin adalah sejenis molekul gula (Glucosylated Hydroquinone) yang diolah dari daun pokok bearberry, pear dan cranberry. Ia adalah agent pemutih wajah semulajadi yang bertindak dengan melepaskan hydroquinone perlahan-lahan melalui proses hydrolysis, yang menyekat aktiviti tyrosinase (enzim yang menghasilkan melanin) dan mengurangkan pembentukan melanin / pigmentasi pada kulit. Berbanding Hyrdoquinone asal, Arbutin tidak menyebabkan iritasi kepada kulit dan kurang sensitiviti terhadap cahaya matahari. Jadi ia lebih selamat digunakan.
Glutathione, adalah sejenis peptida semulajadi yang terhasil dalam tubuh manusia, gabungan daripada tiga blok amino asid -cysteine, glycine dan glutamine. Ia merupakan sumber antioksida terkuat & berfungsi mengaktifkan agent-agent antioksida seperti Vitamin C, Vitamin E dan Lipoic Acid yang berfungsi meneutralkan radikal bebas. Gluthatione membantu menghilangkan pigmentasi untuk hasilkan wajah lebih cerah.