00% minyak habbatussauda ini adalah original dan tiada sebarang campuran minyak lain seperti minyak zaitun, minyak kelapa dara dan sebagainya.
mempunyai aroma bau dan rasa tersendiri yang mana boleh terus dibezakan dengan minyak yang tekah dicampur
makan minyak ini secara berterusan boleh menhilangkan angin dalam badan dan kesannya dapat dirasai serta merta
Habbatus Sauda, atau turut dikenali sebagai jintan hitam (black cumin) merupakan sejenis tumbuhan yang amat popular di negara kita. Disebabkan khasiat habbatus sauda yang pelbagai, herba terutamanya minyak habbatus sauda ini sering digunakan di dalam perubatan tradisional untuk mengubat pelbagai jenis penyakit.
Malah, habbatus sauda telah digunakan secara meluas sejak ribuan tahun dahulu untuk pelbagai tujuan, antaranya sebagai penawar diabetes dan kanser. Ia juga dikatakan amat berkesan untuk membantu menurunkan berat badan.
Habbatus sauda boleh diambil secara oral atau disapu pada kulit. Malah, ia sering digunakan secara tradisional untuk merawat sakit kepala, masalah pencernaan dan banyak lagi.
Habbatus sauda telah lama digunakan sebagai rawatan hipertensi. Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam Journal of Hypertension pada tahun 2016, minyak habbatussauda dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.
Antara khasiat habbatus sauda kapsul yang lain adalah ia dapat menstabilkan kadar gula dalam darah.
Bagi penghidap asma yang menderita dengan simptom seperti batuk, bersin dan sesak nafas, habbatus sauda mungkin dapat membantu.
Walau bagaimanapun, habbatus sauda tidak mempunyai keberkesanan yang sama dengan ubat yang dibekalkan oleh doktor.
Menurut sebuah kajian yang dimuatkan di dalam jurnal Dermatology and Dermatologic Surgery, individu yang mengambil habbatus sauda mempunyai kulit yang lebih sihat dan kurang jerawat.
Malah, disebabkan sifat antibakterianya, khasiat habbatus sauda untuk kulit juga dapat mengurangkan inflamasi dan juga mempercepatkan penyembuhan kulit!