Product description
Pembersih Peribadi Wanita Lexee dirumus khas untuk setiap wanita. Haid, menopaus, hubungan intim, malah sesetengah pembersih harian boleh mengganggu keseimbangan Ph dan mengakibatkan penyakit- penyakit tertentu.
Ekstrak minyak daun Piper betle (sirih)
Piper betle atau sirih dikenali oleh masyarakat tempatan atas khasiat
perubatannya. Bukti-bukti kegunaan sirih secara saintifik termasuk anti- mikrob, anti-kulat dan anti-keradangan. Selain itu, ianya juga digunakan secara meluas dalam bidang kosmetik sebagai herba depigmentasi semulajadi.
Ekstrak akar Pueraria mirifica
Puerarie mirifica ialah sejenis herba asli yang mengandungi kelas kumpulan
isoflavonoid yang dikenali sebagai fitoestrogen. Baru-baru ini, ianya digunakan secara meluas oleh golongan wanita dalam tempoh pra- atau pasca menopaus. Fitoestrogen yang terkandung dalam tumbuhan ini dipercayai dapat meransang keserlahan ciri-ciri kewanitaan dengan meningkatkan peredaran darah, mengawal kitaranhaid serta mencantikkan kulit wajah.
Labisia pumila atau kacip fatimah telah digunakan sejak dahulu lagi oleh
wanita Melayu turun-temurun selepas bersalin. Ia juga digunakan secara tradisional untuk merawat kembung perut, disenteri, dismenorea, gonoreadan dan sebagainya. Kajian saintific terkini mendapati aplikasi topical ke atas kulit mampu menghalang kecederaan kulit akibat pendedahan sinaran ultra ungu dan seterusnya mencegah penuaan pra- matang sel kulit.
Ekstrak buah Quercus infectoria
Quercus infecoria ialah sejenis tumbuhan renek yang terdapat di
Greece,Asia Minor, Syria dan Iran. Ianya dipercayai memiliki kesan terapeutik pleiotropic (berbilang). Di Negara-negara Asia, tumbuhan ini telah digunakan sejak dahulu lagi sebagai ubatan tradisional untuk merawat penyakit-penyakit keradangan. Keberkesanan Quercus infectoria telah dikenal pasti sebagai penawar efektif untuk bengkok dan radang kulit.